Tentang Kami
Shilaz Caterers mula beroperasi pada tahun 2016 bertempat di
Ampang, Kuala Lumpur dengan skala kecil menampung
permintaan sehingga 7,000 pax sehari. Menjelang tahun 2017,
kami telah berpindah ke Nilai dan melebarkan sayap menerima
tempahan bagi kawasan sekitar termasuklah Nilai, Seremban,
Lembah Klang serta Putrajaya.
Kepakaran kami adalah memastikan majlis anda menjadi sebuah
pengalaman paling indah dan tidak dapat dilupakan terutamanya
melalui sajian masakan Melayu seperti Masak Lemak Nenas dan
Ikan Talang, Masak Lemak Daging Salai, Gulai Kari kampung, Gulai
Kawah, Tempoyak dan pelbagai lagi. Kami juga berkepakaran
menyediakan pelbagai jenis nasi berempah seperti Nasi Beriani,
Nasi Arab dan semua jenis makanan berpanggang (BBQ) seperti
Kambing Golek, Ayam Golek, dan makanan laut.
Selain servis katering, kami juga ada menyediakan servis
penyewaan set kanopi untuk semua jenis majlis. Antara majlis yang
kami kendalikan termasuklah majlis perkahwinan, kenduri
kesyukuran, acara korporat, majlis aqiqah dan sebagainya.

MISI
Majlis pengurusan kami mempunyai misi jelas untuk menjadikan Shilaz Caterers (SC) satu wadah kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan syarikat kami iaitu BERTERUSAN MAJU BERSAMA. Seiring dengan kemajuan syarikat kami dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan kami.
VISI
Visi ini akan dicapai melalui tiga teras utama iltizam kami iaitu Inovasi, Interaksi dan Integrasi (3I) secara berterusan dalam membawa misi memberi perkhidmatan cemerlang kepada pelanggan-pelanggan kami.
Perkhidmatan yang cemerlang yang di maksudkan ialah

Kami hanya menyajikan makanan yang bersih, halal dan sedap sehingga para tetamu berpuas hati di majlis anda.

Kami komited memastikan setiap hidangan adalah mencukupi buat para tetamu dan sentiasa berusaha mengurangkan pembaziran makanan pada tahap minima.

Kami menawarkan sajian yang berkualiti tinggi sesuai dengan bajet tanpa menjejaskan pengalaman indah para tetamu anda.

Kami mengutamakan kepuasan para tetamu anda melalui layan mesra daripada petugas-petugas kami.

Kami menjadikan ketepatan waktu penghantaran makanan sebagai keutamaan bagi mengelakkan sebarang kesulitan di majlis anda.
Dipercayai Ramai Untuk Servis Katering Profesional
Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. Rasai sendiri sentuhan profesional servis katering dengan juadah citarasa istana.